Duit pencarum TH bukan untuk politik, sebaliknya bantu golongan memerlukan - Azeez - Semasa | mStar

Duit pencarum TH bukan untuk politik, sebaliknya bantu golongan memerlukan - Azeez

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menjelaskan jumlah keseluruahan RM22 juta yang didakwa diselewengnya daripada Yayasan Tabung Haji (YTH) untuk tujuan politik sebenarnya diagihkan melalui program Ziarah Kasih, Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan selama setahun bagi membantu golongan memerlukan.

Tambah bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu, keseluruhan RM22 juta itu telah dimasukkan dalam YTH seterusnya diagihkan kepada lebih 60 Parlimen dan seramai 100,000 orang menerima sumbangan daripada tiga program membantu rakyat memerlukan tahun lalu.

“Saya ingin menegaskan bahawa bukan duit Tabung Haji khususnya bukan duit penabung, pendeposit, makcik-makcik, pakcik-pakcik yang simpan dalam Tabung Haji dikeluarkan.

“Tak boleh, kita tak boleh keluarkan wang sesiapa mereka kena datang, tuan punya badan kena datang untuk letakkan cop jari untuk keluarkan duit,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, Isnin.

Katanya, RM22 juta itu adalah hasil daripada pelaburan perniagaan Tabung Haji berjumlah RM7 juta manakala selebihnya adalah sumbangan daripada Umno, Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat yang tidak mempunyai perniagaan dengan Tabung Haji.

Dalam pada itu Abdul Azeez turut menegaskan, Tabung Haji  sepatutnya membuat siasatan dalaman dengan memanggil beliau selaku bekas Pengerusi terlebih dahulu berhubung penggunaan dana sebanyak RM22 juta bagi menjalankan pelbagai program untuk golongan asnaf pada tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) Tabung Haji yang selama ini diguna pakai.

“Saya terkejut bila SOP tidak diguna pakai walaupun saya bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji adalah lebih baik memanggil saya untuk memberi keterangan terlebih dahulu.

“Kita ada siasatan dalaman yang membolehkan Tabung Haji tanya saya dulu, duit ini datang dari mana dan bagaimana ia diagihkan,” jelasnya.

Jelas Abdul Azeez, beliau bersedia untuk memberi kerjasama kepada polis untuk memberi keterangan penuh berhubung laporan polis yang dilihat berniat jahat terhadapnya.

Jumaat lalu, Tabung Haji membuat dua laporan polis berkenaan penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak syarikatnya melibatkan jumlah RM3.8 bilion.

Walau bagaimanapun semalam, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat.- SinarHarian

YTH , Azeez

Artikel Sebelum

Adib dah boleh angguk, faham arahan

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain