Potongan bagi peminjam PTPTN bergaji RM2,000 ke atas mulai Januari 2019 - Maszlee - Semasa | mStar

Potongan bagi peminjam PTPTN bergaji RM2,000 ke atas mulai Januari 2019 - Maszlee

Maszlee
Maszlee Malik.

KUALA LUMPUR: Pemotongan gaji bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, akan dilaksanakan bermula Januari 2019, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

"(Ia akan dilaksanakan) mulai Januari tahun depan," kata Maszlee secara ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN: Potongan bagi peminjam bergaji RM2,000, golongan M40 dikecualikan

Menurut Dr Maszlee, permulaan gaji RM2,000 itu adalah keputusan yang dibuat oleh Kabinet, berikutan perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan yang mahu kerajaan Pakatan memenuhi janji manifesto pilihan raya.

Bagaimanapun, Dr Maszlee berkata, berdasarkan keadaan kewangan semasa kerajaan, ia hanya dapat melaksanakan permulaan gaji RM2,000 pada masa ini.

"Jika kewangan kerajaan bertambah baik, kita akan cuba memenuhi janji kita untuk melaksanakan permulaan gaji RM4,000.

"Tetapi buat masa ini, yang terbaik kita boleh lakukan adalah meletakkan RM2,000 sebagai permulaan gaji," katanya.

Pengumuman mengenai permulaan gaji RM2,000 itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di Parlimen, pada Selasa.

Menurut Nie Ching, Kabinet dalam mesyuaratnya pada Jumaat lalu memutuskan pemotongan gaji sebanyak dua peratus, atau RM40 sebulan akan dilaksanakan terhadap peminjam PTPTN yang memperoleh gaji bulanan RM2,000 dan ke atas.

Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan pengecualian bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama turut diperluas kepada  golongan isi rumah golongan pertengahan (M40), berbanding isi rumah berpendapatan rendah (B40) sebelum ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan selain pengecualian bayaran bagi golongan B40 sekiranya graduan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama. - The Star

Maszlee Malik , PTPTN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain