Cadangan isu kuil sudah dibentang kepada PM - Kulasegaran - Semasa | mStar

Cadangan isu kuil sudah dibentang kepada PM - Kulasegaran

Kulasegaran
M. Kulasegaran.

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, cadangan untuk menyelesaikan isu kuil Sri Maha Mariamman Seafield telah dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.

"(Menteri yang memegang portfolio perpaduan, P. Waytha Moorthy dan saya) memberi taklimat kepada beliau tentang apa yang telah berlaku dan cadangan-cadangan kami.

"Tidak ada kesimpulan yang dibuat, tetapi Kabinet akan diberi taklimat mengenai perkara itu dan kesimpulan akhir yang akan dibuat oleh Kabinet.

"Sudah tentu, saya hanya dapat memberitahu anda terdapat banyak berita baik dan positif, tertakluk kepada Kabinet," katanya namun enggan mengulas lanjut.

Beliau mengulangi bahawa "status quo" akan kekal dan kuil tidak akan dibuat untuk dipindahkan, sehingga penyelesaian secara menang-menang diperoleh.

Beliau berkata demikian di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh Asean ke-25 di Hotel Le Meredien pada Rabu.

Kuil tersebut menyaksikan insiden kekecohan pada Isnin dengan beberapa orang cedera dan banyak kenderaan terbakar.

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim cedera parah ketika dia diserang oleh para perusuh yang menentang penempatan semula kuil di USJ25. - The Star



Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut