PTPTN: Potongan bagi peminjam bergaji RM2,000, golongan M40 dikecualikan - Semasa | mStar

PTPTN: Potongan bagi peminjam bergaji RM2,000, golongan M40 dikecualikan

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menetapkan pemotongan gaji berjadual bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan berbanding RM1,000 berdasarkan Belanjawan 2019 sebelum ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata selain itu, kerajaan turut memutuskan pengecualian bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama turut diperluas kepada  golongan isi rumah golongan pertengahan (M40), berbanding isi rumah berpendapatan rendah (B40) sebelum ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Nov 2018 telah memutuskan supaya potongan gaji kepada peminjam PTPTN sebanyak dua peratus atau RM40 sebaik sahaja gaji mereka mencecah RM2,000 dan potongan ini meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan peminjam.

"Mesyuarat Jemaah Menteri turut memutuskan untuk memberi pengecualian bayaran balik PTPTN bukan sahaja kepada golongan B40 tetapi juga dipanjangkan kepada golongan M40.

“Pengecualian ini diberikan bukan sahaja kepada pelajar golongan M40 dari Universiti Awam (UA) tetapi  juga kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Nie Ching menjawab soalan tambahan yang diaju oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai pengecualian bayaran balik PTPTN bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan selain pengecualian bayaran bagi golongan B40 sekiranya graduan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.

Nie Ching berkata sehingga Oktober 2018, seramai 53,113 pelajar telah mendapat pengecualian pembayaran PTPTN kerana memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama dengan 37,355 daripadanya merupakan pelajar UA manakala 15,758 daripada IPTS.

Katanya jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang telah diterima bermula Jun sehingga September  tahun ini adalah sebanyak RM817.75 juta.

Menjawab soalan asal Wong mengenai lanjutan pengecualian bayaran PTPTN bagi pelajar separuh masa yang memperoleh keputusan cemerlang, beliau menyatakan pihak PTPTN tidak berhasrat untuk memberikan pengecualian tersebut.

Nie Ching turut menyatakan bahawa pelaksanaan pembayaran semula PTPTN bagi peminjam bergaji melebihi RM4,000 hanya akan dipertimbang semula apabila kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan kukuh.-- Bernama

PTPTN , M40

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain