Kabinet buat keputusan sebulat suara mengenai ICERD - Saifuddin - Semasa | mStar

Kabinet buat keputusan sebulat suara mengenai ICERD - Saifuddin

Saifuddin Abdullah.

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka dan memberi peluang kepada rakyat membicarakan hal-hal rumit yang sebelum ini 'tertutup' rapat seperti isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan terkini ICERD.

"Tetapi apabila sampai ke tahap 'alergik' ICERD, maka Kabinet menggunakan kebijaksanaan membuat keputusan kerajaan tidak akan meratifikasi konvensyen itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Luar di sini, Jumaat.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.

“Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

ICERD , Saifuddin Abdullah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain