suria

Mat Bangla dipercayai liwat budak 11 tahun

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan dipercayai meliwat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah stor berhampiran Medan Selera Jaya di Petaling Jaya dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pekerja kontrak berusia 36 tahun itu ditahan sejurus laporan polis dibuat oleh bapa mangsa kira-kira 2 pagi tadi.

"Mangsa memaklumkan kepada bapanya bahawa suspek meliwatnya kira-kira 8.30 malam ketika dia berada di stor berkenaan untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang dicas.

"Suspek turut mengurung mangsa di dalam stor itu, sebelum ini suspek pernah cuba meliwat mangsa serta menawarkan wang berjumlah RM150 sebagai habuan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata suspek akan direman pada Jumaat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

liwat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain