suria

"Ia benda baik..." kata Instafamous seksi yang tiba-tiba bertelekung ketika 'live'

Fazulkafli mengejutkan pengikutnya di laman sosial apabila tampil bertelekung dalam satu tutorial mekap.

TINDAKAN seorang Instafamous memakai telekung ketika membuat tutorial mekap mengejutkan pengikutnya kerana penampilannya itu berbeza dengan imej sebenar dirinya di media sosial.

Fazulkafli, 35, yang lebih dikenali kerana berimej seksi dalam kalangan peminatnya dilihat mengenakan telekung sambil disolek seorang jurusolek popular, Nad.

Fazulkafli atau lebih mesra disapa Barbie mendedahkan dia memakai telekung kerana diminta oleh jurusolek untuk berbuat demikian.

"Saya pakai telekung sebab Nad yang minta. Dia sekarang sudah 'berhijrah'. Dia dah pakai purdah.

"Dia mahukan kandungan sopan dalam video tutorialnya jadi saya hormat keputusan dia untuk buat 'live' pakai telekung. Saya ikut saja permintaan tu, lagipun ia benda baik," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Selain itu Barbie memberitahu dia langsung tidak dipaksa untuk memakai telekung, sebaliknya berasa gembira kerana tindakannya itu disambut baik oleh pengikutnya.

"Solat tu memang wajib untuk kita lima kali sehari. Jadi saya rasa biasa sahaja. Tak rasa terpaksa pun," ujarnya.

Fazulkafli sering berkongsi tip kecantikan dan terkenal dengan sikap positif dalam kalangan pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah selepas ini dia akan berhijab lagi jika diminta oleh jurusolek biarpun dia dikenali berimej seksi, dia memberitahu ia bergantung kepada hubungannya dengan jurusolek berkenaan.

"Saya sangat memilih jurusolek. Kalau Faz selesa dengan jurusolek tu, atau mereka adalah kawan baik Faz sendiri, ya, saya akan lakukannya," katanya.

Sebelum ini, tular seorang selebriti media sosial tampil dengan imej bertelekung ketika disolek.

Rata-rata mereka memberikan reaksi positif, tetapi tidak kurang juga yang mempersoalkan jantina wanita berkenaan.

Menjawab isu berkenaan, Barbie berkata dia perlu bersikap profesional dan menerima ia adalah lumrah untuk insan yang dikenali ramai.

"Kecaman itu tidak memberi kesan kepada saya.

"Saya tidak pernah peduli kata-kata mereka kerana saya lebih selesa buat hal saya sendiri sahaja," katanya.

Fazulkafli merupakan seorang selebriti media sosial yang memiliki produk kecantikan jenama sendiri.

Selain terkenal dengan imej seksi, dia juga dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan sikap positif, yakin dan sering memberikan kata-kata semangat kepada orang lain.

Fazulkafli, telekung, tutorial mekap

Artikel Berikut

Artikel Lain