Keputusan pasang papan tanda dwi bahasa tidak pernah dibawa ke MMKN - Semasa | mStar

Keputusan pasang papan tanda dwi bahasa tidak pernah dibawa ke MMKN

Antara papan tanda jalan yang menggunakan dwibahasa di Jalan Balai Raya A Seksyen U6 Shah Alam. - Bernama

SHAH ALAM: Keputusan pemasangan papan tanda dwi bahasa di Selangor tidak pernah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau berkata keputusan itu yang dibuat pada 2017 oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor juga tidak pernah dibawa ke MMKN untuk dibincangkan.

"Saya kena semak, dan ia (keputusan pemasangan papan tanda dwi bahasa) tidak ada dibawa ke MMKN, jika ada saya akan ingat," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pusat Kaunseling Selangor di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu papan tanda dwi bahasa yang dipasang di daerah ini yang mendapat perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika ditanya sama ada papan tanda yang mempunyai tulisan selain bahasa Melayu di daerah lain akan diturunkan juga, Amirudin berkata Kerajaan Negeri sedang melihat perkara itu secara menyeluruh.

"Kita sedang tunggu 'kertas' sebab arahan itu tidak diberikan melalui MMKN, kita tunggu kertas untuk lihat secara menyeluruh tentang signboard," katanya.

Bagaimanapun, tegas Amirudin Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin dan pihaknya komited untuk memartabatkan bahasa Melayu di Selangor.

Sultan Selangor pada Isnin lepas dilapor menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Menurut Mohamad Munir, operasi penukaran papan tanda jalan berkenaan hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor pada 11 Dis ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam dalam kenyataannya semalam berkata, kerja-kerja menanggalkan papan tanda yang mempunyai tulisan Bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat. - Bernama


MMKN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain