Merokok di kawasan sidang DUN Pahang boleh diambil tindakan - Semasa | mStar

Merokok di kawasan sidang DUN Pahang boleh diambil tindakan

Gambar hiasan

KUANTAN: Kawasan sekitar bangunan Wisma Sri Pahang dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok dan mereka yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas oleh penguat kuasa tanpa kira jawatan atau pangkat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kawasan bangunan kerajaan dikategorikan antara 23 kawasan larangan merokok di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya ia tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan individu yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan kompaun.

"Memang kawasan ini (Wisma Sri Pahang) adalah kawasan larangan merokok dan jika ada pihak tertentu merokok di sekitar bangunan yang sedang berlangsung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini, tindakan tegas boleh diambil.

"Cuma, kalau kebetulan ketika mereka ini sedang merokok dan tidak ada pegawai penguatkuasaan ketika itu, kiranya macam rezeki mereka dan bernasib baik (tidak dikenakan tindakan)...kalau nak kira, memang tindakan boleh diambil terhadap mereka (perokok) tanpa mengira jawatan atau pangkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 berkenaan tindakan ramai pegawai kanan kerajaan merokok di kawasan sekitar Wisma Sri Pahang ketika persidangan berlangsung.

Persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang.

Sebelum itu, Sim bertanya tentang berapa kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok di negeri ini dan jumlah kompaun yang telah dikenakan kepada perokok tegar sejak 2016 sehingga tahun ini.

Menjawab pertanyaan itu, Syed Ibrahim berkata pada 2016, sebanyak 1,226 kompaun dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang kepada perokok yang melanggar arahan larangan merokok di kawasan larangan merokok.

“Sementara pada 2017 terdapat 3,392 kompaun dikeluarkan dan pada tahun ini pula sehingga September lalu, sebanyak 2,961 kompaun dikeluarkan," katanya.

Menurutnya Jabatan Kesihatan Negeri Pahang akan terus melakukan pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa di semua kawasan dan premis yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. - Bernama

larangan merokok

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain