Keputusan UPSR, PPSR diumum 29 November - Semasa | mStar

Keputusan UPSR, PPSR diumum 29 November

KUALA LUMPUR: Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan pada 29 November ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata calon terlibat boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula 10 pagi atau menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

"Perkhidmatan talian tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 29 November dan akan ditamatkan pada 6 petang, 8 Disember. Waris dibenarkan mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata semakan keputusan UPSR dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di laman Ip.moe.gov.my.

PPSR merupakan dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau PASR bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. --BERNAMA.

UPSR , PPSR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Guru tuisyen maut dipukul, polis tahan suami

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?