Dakwaan kertas peperiksaan SPM bocor tidak benar - Semasa | mStar

Dakwaan kertas peperiksaan SPM bocor tidak benar

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Berita tentang kebocoran kertas Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Cina bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 adalah tidak benar, kata Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan pada Sabtu.

Menurut LP dalam satu kenyataan, sehubungan itu, tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula peperiksaan bagi kertas berkenaan.  

Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan berkaitan aduan yang diterima.

Ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai perkara ini memandangkan peperiksaan itu telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan oleh LP dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan juga memohon semua pihak agar lebih prihatin, berhati-hati dan tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak tepat kerana dikhuatiri akan mengganggu emosi dan fokus calon serta ibu bapa.  

Peperiksaan SPM 2018 dilaksanakan mulai 13 Nov sehingga 13 Dis tahun ini namun terdapat khabar angin yang tular menyatakan bahawa kertas peperiksaan tersebut telah bocor dan calon dikehendaki menduduki semula kertas tersebut pada tarikh lain yang telah ditetapkan. - Bernama

SPM

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain