suria

Shahidan tiba di mahkamah atas dakwaan cabul gadis bawah umur

Shahidan tiba di mahkamah bersama isterinya.

KANGAR: Datuk Seri Shahidan Kassim hadir ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin untuk menghadapi pertuduhan berkaitan kes jenayah yang melibatkan seorang gadis bawah umur.

Bekas Menteri Besar Perlis itu dilihat tiba pada pukul 8.20 pagi menggunakan tongkat, berpakaian blazer gelap dan cermin mata hitam sambil diiringi oleh isterinya dan dua wanita yang tidak dikenali.

Lapor The Star, seramai 50 penyokong menyambutnya sebaik sahaja beliau tiba.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu didakwa telah mencabul seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan.

Gadis itu dikatakan berasal daripada kumpulan buskers yang ditaja beliau dan kejadian itu didakwa berlaku pada 21 Oktober.

Namun, Shahidan menafikannya dan berkata ia hanya "salah faham".

Tambah beliau, laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung kes itu telah ditarik balik.

Shahidan Kassim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain