PETALING JAYA: Pakar Bedah England Dr Amalina Che Bakri memberi penjelasan mengenai penggunaan arang untuk memutihkan gigi. Dr Amalina, 31, sentiasa memberi informasi mengenai kesihatan dan kali ini beliau menjawab persoalan netizen mengenai penggunaan arang. @DrAmalinaBakri menulis: “Arang tidak memutihkan gigi. Based on published studies, there is no evidence that charcoal can whiten your teeth. It cleans your teeth but it DOES NOT whiten your teeth. (berdasarkan kajian, tidak ada bukti yang menunjukkan arang boleh memutihkan gigi. Ia boleh membersihkan gigi tetapi tidak memutihkan gigi). "Penggunaan dalam jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, 'it can weaken your enamel'." Antara salah satu 'twit' yang diajukan kepada Dr Amalina. Ubat gigi arang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini selepas lagu 'serbuk arang gigi' menjadi siulan ramai. Beberapa netizen turut berkongsi mengenai produk pemutih gigi kepada Dr Amalina. Namun doktor itu menyarankan sesiapa yang ingin memutih gigi supaya pergi ke klinik gigi dengan jawapan yang mencuit hati. @akifakim bertanya “Jadi, macam mana nak putihkan gigi dengan cara yang betul dan sihat, doc?” "Jumpa doktor gigi. 'Dentist’ yang betul, bukan yang fake (palsu) pula," jawabnya. Dr Amalina pernah melakar sejarah negara dengan mencatatkan keputusan cemerlang 17A1 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.