Berita baik! Rakyat Malaysia terus dapat Bantuan Sara Hidup - Semasa | mStar

Berita baik! Rakyat Malaysia terus dapat Bantuan Sara Hidup

PETALING JAYA: Berita baik buat rakyat Malaysia apabila kerajaan akan meneruskan dan menambahbaik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang membentangkan Belanjawan 2019 pada petang Jumaat berkata, dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion.

Beliau berkata, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

"Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.

"Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500," katanya di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam dapat RM500, pesara kerajaan tak dilupakan!

Guan Eng berkata, kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat orang, kecuali anak orang kurang upaya (OKU) yang tidak dihadkan umur mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2019

BSH bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) sejak 2012.

BR1M yang terakhir pada tahun ini membabitkan kira-kira tujuh juta pe­nerima menikmati pemberian kerajaan de­ngan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Belanjawan 2019 bertemakan 'Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera' merupakan yang pertama dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Artikel Berikut

Intipati Bajet 2019

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini