Tayar meletup punca gangguan monorel selama 10 jam - Semasa | mStar

Tayar meletup punca gangguan monorel selama 10 jam

Gambar hiasan monorel.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel Rapid Rail yang terganggu selama 10 jam sejak 9.20 pagi semalam, adalah disebabkan oleh tayar yang meletup, kata Ketua Pegawai Operasi, Mohd Ariffin Idris.

Katanya, insiden yang menyebabkan kereta api itu berhenti serta merta secara automatik selama 26 minit pada waktu puncak di Stesen Bukit Nanas, merupakan kejadian kali pertama sejak 13 tahun perkhidmatan itu  yang bermula pada tahun 2003.

"Sebuah tren 05, berlepas dari Stesen Bukit Nanas menuju ke Stesen Raja Chulan, mengalami kegagalan teknikal selepas salah satu rimnya tercabut disebabkan oleh ‘stud bolt' yang patah dan terkeluar.

Dalam keadaan biasa tayar pancit, tren itu boleh terus bergerak dengan tayar ‘run flat' untuk maksimum 25 kilometer.

"Tetapi di dalam kes ini, rim yang tercabut telah menyebabkan mod ‘run flat' tidak berfungsi yang membuatkan tren berhenti serta merta semasa berada di Stesen Bukit Nanas," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Perkhidmatan kereta api  itu hanya kembali normal pada pukul 7.15 petang semalam selepas tren yang rosak itu berjaya dihantar ke depot, katanya

Beliau berkata kira-kira 200 penumpang berada di dalam tren tersebut semasa kejadian.

"Semasa kejadian, kapten tren dengan cepat meminta bantuan dari Pusat Kawalan Operasi di Wisma Monorail, yang dengan segera menugaskan Tren 01 dari Stesen Bukit Bintang untuk datang membantu selepas enam minit.

"Pemindahan antara tren ke tren telah dilakukan dan kesemua penumpang telah dipindahkan dengan selamat ke tren bantuan pada 9.46pagi dengan keadaan tiada kecederaan direkodkan dan kupon pemulangan dikeluarkan kepada semua penumpang,” katanya.

Mohd Ariffin berkata perkhidmatan monorel diteruskan dengan menggunakan pelan kotingensi perkhidmatan kereta api shutle alternatif (ATSS) yang mana, tiga tren bergerak di atas satu landasan dengan kekerapan 30 minit.

"Kami terpaksa menggunakan rim sementara pada tren yang rosak di Stesen Bukit Nanas untuk di bawa ke Depot Tun Sambathan untuk pembaikan yang mengambil masa sehingga 10 jam kerana tren tersebut hanya boleh bergerak lima kilometer sejam,"katanya.

Katanya, pengumuman berterusan dibuat di semua stesen yang memaklumkan kepada penumpang mengenai masa menunggu, serta cadangan untuk mereka mengambil pengangkutan lain sebagai alternatif.- Bernama

Monorel , tayar meletup

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain