Shahidan sahkan beri keterangan kepada polis - Semasa | mStar

Shahidan sahkan beri keterangan kepada polis

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim pada Rabu tampil mengesahkan telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung kes cabul remaja bawah umur.

"Saya telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis dan saya harap semua pihak tidak memanjangkan perkara ini kerana ia menjejaskan maruah anak perempuan tersebut," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, Rabu.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melahirkan rasa kesal apabila kes tersebut tular di media sosial memandangkan pihak keluarga remaja terbabit telah menarik balik laporan polis yang dibuat.

"Saya tertanya-tanya kenapa tular? Kenapa kes itu dikeluarkan? Kes ini keluarga dah tarik balik, tapi yang buka cerita ini adalah tuan-tuan (media sosial).

"Saya kesal sebab kes ini melibatkan kanak-kanak dan gambar serta kad pengenalan dia dipamerkan. Kasihan kanak-kanak ini sebab dia bukan ada apa-apa kepentingan," kata Shahidan yang turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan perkara itu.

Bekas Menteri Besar Perlis itu tidak menolak penularan kes itu ada kaitan dengan motif politik.

"Saya sebagai orang politik sudah pasti akan dibuat macam-macam oleh musuh-musuh politik, tetapi saya akan menghadapinya dengan rela dan reda," katanya.

Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan perkara tersebut.

Pada Selasa, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata siasatan kes cabul remaja berusia 15 tahun itu yang membabitkan seorang Ahli Parlimen di Perlis, hampir selesai setelah pihak polis merekodkan keterangan 10 individu termasuk kenyataan suspek di Bukit Aman.

Noor Mushar berkata pihaknya menjangkakan kertas siasatan siap dalam masa terdekat dan dihantar ke Bukit Aman untuk penelitian sebelum diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Shahidan , cabul

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain