suria

Reman pengetua didakwa liwat disambung

Gambar hiasan.

BUTTERWORTH: Reman seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan liwat terhadap murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu di sambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pengetua berusia 55 tahun itu yang ditahan Khamis lepas itu, sepatutnya tamat remannya pada Ahad.

"Namun pihak polis telah mendapatkan perintah reman tiga hari lagi sehingga 31 Oktober ini bagi membolehkan kami melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Selepas kertas siasatan itu siap, ia akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini Ahad.

Bernama pada Selasa, melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika menyertai program pendidikan di sekolah lelaki tersebut bertugas, selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing.

Dalam perkembangn lain, Noorzainy berkata polis menahan lima lelaki yang sedang berlumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dalam operasi khas samseng jalanan bermula pukul 10 malam tadi hingga 7 pagi ini.
Katanya mereka yang ditahan itu berusia 18 hingga 23 tahun dan kesemua mereka pekerja kilang.

"Dalam operasi mencegah aktiviti lumba haram itu, polis berjaya menahan lima lelaki tersebut dan ujian air kencing mendapati seorang daripada mereka iaitu remaja berusia 18 tahun positif dadah," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi itu dari semasa ke semasa kerana kegiatan lumba haram yang dijalankan mereka bukan sahaja merbahaya kepada diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain.

pengetua, liwat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain