suria

Hakim tetapkan wang ikat jamin Najib, Irwan RM1 juta seorang

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan wang ikat  jamin sebanyak RM1 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdulah terhadap enam kesalahan jenayah pecah amanah dalam pendakwaan bersama.

Pihak pendakwaan telah meminta agar jumlah itu ditetapkan sebanyak RM3 juta setiap seorang.

Hakim Azman Ahmad membenarkan bekas perdana menteri dan bekas Setiausaha Perbendaharaan itu diikat jamin dengan dua penjamin, memerintahkan mereka menyerahkan semua pasport masing-masing dan  tidak berhubungan dengan mana-mana saksi.

Beliau juga mengarahkan kedua-dua mereka untuk wang jaminan sebanyak RM500,000 hari ini dan baki RM500,000 dalam tempoh 10 hari.

wang ikat jamin, Najib, Irwan

Artikel Sebelum

Padah curi betik!

Artikel Lain