suria

Waspada jika 'pak Arab' minta duit

Paparan skrin yang tular di media sosial.

MERSING: Orang ramai diminta memaklumkan kepada pihak polis sekiranya didatangi sebuah keluarga berketurunan Arab yang meminta bantuan duit seperti mana tular di laman sosial sejak akhir-akhir ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, bagaimanapun sehingga kini pihaknya tidak ada menerima sebarang laporan polis berkenaan kejadian itu di Mersing.

Namun beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya jika berdepan dengan situasi tersebut.

“Kita minta orang ramai yang berdepan situasi ini sila maklumkan kepada polis segera dan dapatkan butiran lengkap untuk polis membuat tindakan lanjut,” katanya.

Menurut perkongsian di laman sosial, lelaki Arab dari Dubai bersama keluarganya itu bercuti di negara ini memberitahu beg tangan ibunya telah dicuri.

Kesemua mereka menaiki kereta Perodua Alza turut mendakwa segala dokumen perjalanan, duit dan barangan penting telah hilang ekoran kejadian itu.

Susulan itu, lelaki berkenaan telah meminta duit selepas memaklumkan minyak keretanya sudah hampir habis.

Kejadian berkenaan dipercayai melibatkan ‘pak Arab’ yang sama bukan sahaja berlaku di Mersing tetapi di beberapa kawasan lain luar daerah ini.-Sinar Harian.

Pak Arab, Penipuan

Artikel Berikut

Hadi setuju dengan Tun M

Artikel Lain