‘Rumah Impian Bangsa Johor’ ditawar serendah RM70,000 - Semasa | mStar

‘Rumah Impian Bangsa Johor’ ditawar serendah RM70,000

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengumumkan program perumahan mampu milik untuk bangsa Johor di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim akan dilaksanakan.

Projek tidak melibatkan keuntungan yang dinamakan 'Rumah Impian Bangsa Johor' itu akan dibina dalam bentuk rumah teres satu atau dua tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Harga untuk seunit teres satu tingkat tersebut akan bermula pada harga RM70,000, sementara teres dua tingkat pula akan dijual di bawah RM200,000.

Bagi melayakkan pemohon untuk membeli rumah mampu milik berkenaan, mereka mestilah seorang bangsa Johor yang berpendapatan isi rumah bawah RM5,000.

Pemohon bukanlah anak sulung atau anak tunggal dan tidak pernah memiliki rumah sebelum ini.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India.

"Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan," kata Tunku Ismail pada catatan di Facebook baginda, Ahad.

Tunku Ismail berkata, yayasan itu akan melantik pengurus projek dan kontraktor untuk membina rumah mengikut spesifikasi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Rakyat turut akan menerima kemudahan dewan serbaguna, taman, kedai dan motel. Ia dibina dan dibiayai oleh DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor," ujarnya. - The Star

TMJ

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain