Telco sedia benarkan pelanggan tukar pakej - Semasa | mStar

Telco sedia benarkan pelanggan tukar pakej

PUTRAJAYA: Kesemua syarikat telekomunikasi (telco) bersedia  untuk membenarkan pelanggan sedia ada yang ingin menikmati penurunan harga  untuk beralih ke pakej baharu yang lebih murah, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut SKMM, kesemua telco turut menyuarakan komitmen terhadap usaha kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga berpatutan.

"Sebagai contoh pakej baharu yang ditawarkan oleh TIME secara automatiknya akan dinikmati oleh pelanggan sedia ada. Maxis dan TM pula bercadang untuk menaik taraf perkhidmatan Asymetric Digital Subscriber Line (ADSL) ke gentian optik secara berperingkat.

Manakala Celcom akan meluaskan liputan untuk perkhidmatan jalur lebar tetap pada 2019 melalui kerjasama dengan telco yang lain dan teknologi alternatif," katanya.

"Ini bermakna pelanggan mempunyai pilihan untuk menikmati sama ada harga yang lebih murah, kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama atau kedua-duanya sekali," katanya.

Katanya, MCMC telah mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telco untuk mencari penyelesaian terhadap beberapa keluhan yang berbangkit susulan pengumuman pakej-pakej jalur lebar talian tetap baharu beberapa hari lepas. 

Ini termasuklah isu perkhidmatan Streamyx dan juga ketidakpuasan pelanggan sedia ada yang tidak menerima manfaat penurunan harga pakej baharu, katanya.

"MCMC akan terus memantau tindakan yang diambil oleh pihak telco untuk memastikan segala komitmen berkaitan kelajuan dipenuhi menurut terma dan syarat pakej yang dilanggani," kata SKMM.

Baru-baru ini empat telco iaitu TM, Maxis, TIME dan Celcom  mengumumkan pengurangan hingga 56 peratus bagi pakej-pakej jalur lebar talian tetap yang baharu hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo selepas  meneliti pakej-pakej baharu yang dinyatakan mendapati ia tidak menurunkan harga perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada.- Bernama

Telco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Oktoberfest di Johor - MB

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain