Guru tabika khalwat adik ipar didenda - Semasa | mStar

Guru tabika khalwat adik ipar didenda

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang berstatus isteri orang dan pasangan yang juga adik iparnya, dikenakan hukuman denda RM1,300 setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, Rabu, kerana berkhalwat.

Wanita berusia 29 tahun dan bekerja sebagai guru tabika manakala adik iparnya, 25, yang tidak bekerja turut berdepan hukuman seminggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda dikenakan.

Keputusan dibuat selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khalwat di bawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Mengikut fakta kes, serbuan berwaran dilakukan di sebuah rumah di Pulau Musang, di sini, lebih kurang jam 10.45 malam, pada 26 Jun lalu.

Pintu utama yang tertutup rapat diketuk selama dua minit sebelum dibuka seorang wanita.

Pemeriksaan di dalam rumah mendapati terdapat seorang kanak-kanak sedang tidur di ruang tamu dan seorang lagi sedang tidur di dalam buaian.

Hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati ada seorang lelaki berada di dapur yang hanya memakai kain pelikat tanpa baju.

Soal siasat mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram, manakala kedua-dua kanak-kanak itu merupakan anak kepada wanita tersebut.

Wanita itu turut membuat pengakuan mengambil kesempatan bermadu kasih dengan adik ipar di rumah kerana suaminya berkursus.

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar.-Sinar Harian.

Khalwat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa