suria

Kembar terlibat kes samun turut paksa mangsa lakukan seks oral ditahan

Gambar hiasan

JOHOR BARU: Sepasang kembar lelaki berusia 25 tahun dan seorang lagi suspek ditahan kerana memaksa seorang wanita berusia 33 tahun untuk melakukan seks oral semasa merompak mangsa di sini pada Isnin.

Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit kes samun pecah rumah dalam kejadian di sebuah pusat jagaan di Pangsapuri Bukit Saujana, di sini, Isnin.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata ketiga-tiga suspek berusia antara 25 dan 27 tahun itu, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru antara 7.30 hingga 11 malam hari yang sama.

"Ketika kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun sedang tidur di bilik pusat jagaan tersebut sebelum dua suspek masuk ke dalam dan mengarahkan mangsa menyerahkan barangan berharga.

"Kemudian, salah seorang suspek turut mengarah mangsa menghisap kemaluannya sebelum bertindak melarikan diri,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Susulan itu, mangsa dan pengusaha pusat jagaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit pada 6.42 pagi hari yang sama.

"Hasil risikan dan maklumat ketiga-tiga suspek berjaya ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di kawasan perumahan Taman Sri Stulang, Bakar Batu dan Taman Century,” katanya.

Mohd Khalil berkata hasil siasatan mendapati dua daripada suspek mengaku melakukan kes samun, pecah rumah dan seks luar tabii manakala seorang lagi mengaku memiliki barang samun.

Polis turut merampas barangan kes termasuk telefon bimbit, komputer riba, televisyen dan pelbagai jenis kad bank.

Tambahnya, siasatan juga mendapati dua daripada suspek merupakan adik-beradik manakala tiada sebarang hubungan antara suspek dan mangsa.

Kesemua suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pecah rumah dan dadah selain didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/ 377C Kanun Keseksaan. - The Star/Bernama

samun, seks oral

Artikel Lain