Tiga maut kemalangan babitkan dua kenderaan - Semasa | mStar

Tiga maut kemalangan babitkan dua kenderaan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Tiga maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di kilometer 45 Kuala Lumpur – Ipoh, dekat Ulu Yam, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Lim Bak Phai berkata berkata dalam kejadian kira-kira 3.55 pagi itu, kereta jenis Proton Saga yang dinaiki lima individu bertembung dengan sebuah Toyota Hilux.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga berkenaan memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian depan kereta Toyota Hilux.

Katanya, pemandu Proton Saga Lai Wui Lun, 21, dan seorang lagi penumpang maut dilokasi kejadian manakala seorang lagi penumpang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Dua lagi penumpang kenderaan itu mengalami cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Selayang manakala pemandu Toyota Hilux patah tangan dan menerima rawatan di Hospital KPJ Rawang,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. - BERNAMA

kemalangan , maut

Artikel Sebelum

Tiga pelajar parah, van sekolah terbalik

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain