PAS bidas PRK Port Dickson, tak ada kaitan tsunami, gempa bumi... - Semasa | mStar

PAS bidas PRK Port Dickson, tak ada kaitan tsunami, gempa bumi...

Idris Ahmad.

TELUK KEMANG: PAS membidas PRK Port Dickson hanya semata-mata seorang individu yang berhajat untuk berada di Parlimen hingga terpaksa mengorbankan wang rakyat bernilai RM3.6 juta.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PRK ini tidak ada kena mengena dengan tsunami, gempa bumi atau juga kematian dari bekas ahli parlimen kawasan ini.

Menurutnya, nilai RM3.6 juta ini adalah jumlah yang besar kerana ia mampu menampung tujuh pelajar dengan kos pembelajaran di fakulti perubatan di Mesir selama enam tahun.

"Tetapi kita terpaksa korbankan ini untuk membolehkan cita-cita politik individu untuk bertanding dalam PRK ini.

"Malah jumlah ini juga mampu menampung pembiayaan biasiswa kira-kira 30 pelajar tempatan di institut pengajian tinggi awam (IPTA) di fakulti sastera," katanya dalam ceramah perdana, di sini, Ahad malam.

Beliau berkata, tetapi apakan daya inilah PRK yang dipaksa dan RM3.6 juta ini adalah perbelanjaan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja, tidak termasuk perbelanjaan bagi pejabat daerah dan polis.

Katanya, maka sebab itu, bagi merancakkan proses demokrasi, PAS masuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi parlimen ini.

"Oleh itu, PAS telah meletakkan calon iaitu Mohd Nazari Mokhtar. Sekarang, ramai kawan kita telah tinggalkan perjuangan PAS, namun Nazari masih konsisten dengan prinsip biar pun ada usaha dari pihak luar mahu menarik beliau keluar dari parti," katanya.

Dalam nada sinis, Idris turut menjamin Nazari tidak akan meletak jawatan sebagai ahli parlimen sekiranya menang bagi memberi peluang kepada orang lain bertanding.

"Saya jamin, insyaAllah sekiranya Nazari menang sebagai ahli parlimen, dia tidak akan letak jawatan bagi memberi saya bertanding," katanya. - Sinar Harian

PAS , Port Dickson , Idris Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia