suria

Rosmah tiba di SPRM beri keterangan kali kedua

Rosmah Mansor.

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu untuk memberikan keterangan.

Isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di pejabat SPRM pada pukul 9.50 pagi.

Pada 5 Jun lalu, Rosmah dipanggil oleh penyiasat SPRM bagi merakamkan keterangan berhubung siasatan membabitkan kes SRC International Sdn Bhd.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull pada Isnin dipetik sebagai berkata, penyiasatan mengenai Rosmah telah selesai dan laporan itu diserahkan kepada Peguam Negara. 

Beliau berkata, ia terpulang kepada Peguam Negara untuk mendakwa Rosmah.

Ia turut dilaporkan pada 20 September bahawa SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa Rosmah akan didakwa tidak lama lagi.

Rosmah Mansor, SPRM

Artikel Lain