Ketua Dewan Ulama Pas Kedah meninggal dunia akibat strok - Semasa | mStar

Ketua Dewan Ulama Pas Kedah meninggal dunia akibat strok

Kredit gambar daripada Facebook Ahmad Kamal Shaari

ALOR SETAR: Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir, 59, meninggal dunia akibat strok di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, di sini pada Selasa.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata Allahyarham meninggal dunia pukul 12.15 tengah hari selepas dimasukkan ke hospital itu beberapa hari lepas.

"PAS Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Rejab di atas pemergiannya dan kita telah kehilangan sebutir mutiara yang amat komited bersama PAS untuk memperjuangkan Islam dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

"Allahyarham bukan sahaja ilmuan Islam, malah penggerak kepada institusi pondok dan dilantik menjadi Pengerusi Majlis Guru Pondok Kedah (HESA) di samping mengepalai Dewan Ulama PAS Kedah hampir dua penggal," katanya dalam satu kenyataan.

Solat jenazah akan diadakan di Madrasah Manabi' Al-Ulum Ad-Diniah, Telaga Batu, Jitra pada pukul 6.00 petang dan jenazah akan dikebumikan di Masjid Gurindam di Mukim Jeram, Jitra selepas itu.

Mohd Rejab sebelum ini dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba rebah di rumah seorang ahli usrah di Jerlun dan doktor mengesahkannya mengalami strok dan ditempatkan di zon merah setelah didapati berlaku pendarahan di kepala.

Pada pilihan raya umum lepas, beliau adalah calon PAS untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh namun dikalahkan oleh calon PKR, Dr Salmee Said dengan majoriti 1,467.

Dr Salmee mendapat 7,265 undi, berbanding calon BN, Ahmad Azhar Abdullah  (5,795) dan Mohd Rejab (5,798). - Bernama

Mohd Rejab

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain