suria

Umno tak perlu simpati - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi.

KUALA LUMPUR: Umno tidak memerlukan simpati daripada mana-mana pihak dalam usaha untuk membina semula parti itu, kata Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

"Kita tidak perlu mengharapkan simpati daripada sesiapa kerana apa yang penting ialah Umno jelas mengenai niatnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pra-Perhimpunan Agung Umno di PWTC pada Ahad.

Beliau menambah, ahli-ahli parti tidak sepatutnya tawar hati kerana Umno masih lagi merupakan parti Melayu Islam terbesar di negara ini.

Beliau menyatakan bahawa Umno perlu menyedari bahawa ia perlu jujur kepada anggotanya.

"Apa yang penting ialah kita tidak berkompromi dengan asas dan akar perjuangan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tawaran Umno baru-baru ini untuk membentuk satu pakatan bersama PAS berikutan kehadiran Umno dalam muktamar tahunan parti Islam itu di Terengganu.

Umno, Asyraf Wajdi, PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain