Pakatan Harapan tidak akan terima Umno - Dr Mahathir - Semasa | mStar

Pakatan Harapan tidak akan terima Umno - Dr Mahathir

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak akan menerima Umno sebagai sebuah parti dalam gabungan PH, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri, bagaimanapun berkata anggota Umno boleh menyertai mana-mana parti komponen PH jika mereka bertindak keluar daripada Umno terlebih dahulu.

“Jika mereka (Umno) mahu bekerjasama dengan PKR, kita tidak akan menerima mereka dalam Pakatan Harapan (sebagai parti komponen).

“Tetapi jika mereka secara individu menyertainya sebagai anggota PKR, Bersatu, DAP, atau apa sahaja (parti dalam PH), maka kita boleh terima mereka tetapi bukan parti itu (Umno),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Jumaat.

Perdana Menteri ditanya mengenai kemungkinan Umno bekerjasama dengan PKR dan kembali sebagai parti pemerintah.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata peguam terkemuka Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, pada satu ketika, pernah menyatakan hasrat untuk menjadi Peguam Negara.

“Beliau mahu sangat menjadi Peguam Negara, beliau datang berjumpa saya dan menyatakan Peguam Negara pada masa itu tidak boleh melakukan pendakwaan, mereka akan kalah dalam kes Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Beliau memberitahu, beliau boleh menang. Saya kata, kalau anda rasa boleh menang, pergi beritahu Najib (ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri). Pada masa itu, saya masih berkawan dengan Najib," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir diminta mengulas dakwaan Muhammad Shafee bahawa beliau (Dr Mahathir) yang mahukannya agar mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar dalam perbicaraan kes liwat 2.0.- Bernama

Dr Mahathir

Artikel Berkaitan

"Pesalah rasuah mesti dihukum!"

Kerajaan sedia kaji semula royalti

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain