suria

Shafee Abdullah dijangka didakwa hari ini

PETALING JAYA: Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah dijangka akan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Beliau dipercayai ditahan oleh SPRM pada Rabu (12 September).

Muhammad Shafee mengetuai pasukan peguam bela yang mewakili bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes jenayah pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Pada 6 September lalu, Jabatan Peguam Negara mengeluarkan afidavit yang mendakwa Muhammad Shafee menerima bayaran berjumlah RM9.5 juta daripada Najib sekitar 2013 dan 2014.

Malah, beliau didakwa menerima bayaran tersebut untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Katanya, wang tersebut merupakan bayaran untuk khidmat guaman yang dilakukannya untuk Umno dan Barisan Nasional.

SPRM, Muhammad Shafee, Najib Razak

Artikel Lain