Pakatan Harapan menang PRK Balakong - Semasa | mStar

Pakatan Harapan menang PRK Balakong

Wong Siew Ki. Foto LOW BOON TAT

BALAKONG: Calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki menang bergaya menumbangkan lawannya dari MCA, Tan Chee Teong.

Siew Ki berjaya mempertahankan kerusi Dun Balakong pada PRK pada Sabtu selepas memperolehi 22,508 undi manakala Chee Teong sekadar mendapat 3,975 undi.

Kemenangan Siew Ki itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Balakong, Datuk Rosli Othman, di Dewan Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, kira-kira pukul 8.53 malam.

Bagaimanapun Siew Ki hanya memperolehi majoriti 18,533 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Eddie Ng Tien Chee dalam PRU 14 lalu iaitu 35,538 undi.

Sementara itu, calon MCA, Tan Chee Teong memperoleh undi 3,591. Pada PRU14, calon BN, Lim Chin Wah memperoleh 5,874 undi.

Pada PRK Balakong, julung kali Chee Teong menggunakan logo MCA dan Siew Ki menggunakan logo Harapan.

Proses mengundi di 16 pusat pengundian dengan 128 saluran, berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi daripada penyokong parti bertanding.

PRK Dun Balakong diadakan berikutan kematian Tien Chee daripada DAP dalam satu kemalangan jalan raya, 20 Julai lalu.

Malangnya PRK DUN Balakong mencatat peratusan keluar mengundi tercorot iaitu 43 peratus sahaja memadam rekod PRK Dun Penanti sebanyak 46 peratus pada 31 Mei 2009 lalu.

Jumlah undian pemilih sebanyak 26,483 dan jumlah undi ditolak sebanyak 227.

Jumlah kertas undi yang tidak dikembalikan direkodkan sebanyak 24. - Sinar Harian

Wong Siew Ki

Artikel Sebelum

Bekas MB Selangor Abu Hassan meninggal dunia

Artikel Berikut

Halimey menang PRK Seri Setia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain