suria

Lebih 20,000 meriahkan Penang Starwalk

GEORGE TOWN: Lebih 20,000 peserta berkumpul seawal pukul 6 pagi Ahad untuk menyertai acara Penang Starwalk.

Kesemua peserta dilihat dalam keadaan bersemangat ketika berkumpul di Gurney Drive yang terletak berhadapan dengan pusat membeli-belah Gurney Paragon Mall.

Pada pukul 7 pagi, peserta dilepaskan Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas yang turut ditemani Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Exco Belia dan Sukan negeri itu, Soon Lip Chee.

Turut berkongsi pentas, Pengerusi Penang Starwalk 2018
Simone Liong, Pengarang Eksekutif Kumpulan Star Media Berhad Rozaid Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif YTL Corporation Berhad Datuk Yeoh Soo Keng, Pengarah Urusan Kumpulan Hunza Datuk Khor Siang Gin dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (PAAA) Datuk Syed Mohd Aidid Syed Murtaza.

Acara jalan kaki sejauh 7 kilometer (Km) itu memerlukan peserta untuk berjalan menuju ke Jalan Tanjung Tokong dan Jalan Seri Tanjung Pinang sebelum berpatah kembali ke pusat membeli belah menerusi Jalan Tanjung Tokong.

Penang Starwalk 2018 dianjurkan oleh Kumpulan Star Media Berhad.

YTL Communications Sdn Bhd adalah penaja platinum program itu.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat merupakan penaja emas manakala Eastern & Oriental Bhd, F & N Beverages Marketing Sdn Bhd, Ewein Zenith Sdn Bhd dan Wiitrac Elevator Sdn Bhd, penaja perak.

Gurney Paragon Mall merupakan penyedia venue rasmi bagi acara tersebut.

Penang Starwalk 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain