Marina tegur pendirian Wan Azizah tentang isu LGBT yang didakwa haram - Semasa | mStar

Marina tegur pendirian Wan Azizah tentang isu LGBT yang didakwa haram

PETALING JAYA: Aktivis sosial Marina Mahathir menegur kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai mereka yang menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Anak sulung kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat teguran itu melalui Twitter apabila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata dalam satu temu bual bersama pihak stesen radio BFM bahawa dia tidak akan membiarkan gaya hidup masyarakat LGBT, sambil menambah bahawa ia adalah haram.

Marina menulis: "Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram?

Beliau turut berkongsi pautan di Twitter tentang artikel yang disiarkan Nikkei Asian Review yang memaparkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berkata: "Masyarakat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza; dan harus menghormati mereka yang berbeza, termasuk golongan gay, biseksual dan transgender."

"Bagaimana sekarang @drwanazizah?" tanya Marina.

Marina sebelum ini turut menegur Dr Wan Azizah yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiadak tindakan akan diambil ke atas lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini gadis 11 tahun di Thailand. - The Star

Marina , Wan Azizah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain