Anwar 'comeback' Oktober ini - Semasa | mStar

Anwar 'comeback' Oktober ini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) bersalaman bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hadir pada sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di Dataran Putrajaya, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bakal ‘comeback’ sebagai Ahli Parlimen, Oktober ini.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar akui masih belum memutuskan kerusi mana yang bakal ditandingi dalam pilihan raya kecil (PRK).

“Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya-ALLAH jika menang (PRK) sebelum hujung tahun...mungkin Oktober,” katanya.

Langkah itu dilihat sebagai persediaan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri Kelapan susulan perjanjian PH yang dipersetujui Januari lalu menetapkan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Ketujuh dan Anwar sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Beberapa pemimpin PKR sebelum ini turut menyatakan kesediaan menawarkan kerusi mereka kepada Anwar.

Menurut Anwar, beliau sedang menimbangkan beberapa kawasan termasuk tawaran yang serius oleh beberapa pihak kepadanya.

“Saya ada pertimbangkan satu kerusi ini, beliau menawarkan kepada saya tetapi apabila dilihat prestasi, beliau seorang ahli Parlimen yang sangat baik... saya rasa rugi pula, jadi semuanya sedang dipertimbangkan,” katanya.

Katanya, beliau memerlukan keselesaan di kawasan seperti Permatang Pauh yang sudah seperti adik beradik.

“Ini soal untuk kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Kita perlukan keselesaan itu, seperti di Permatang Pauh kita rasa macam adik beradik, boleh melawak begitu dan begini dan saya sangat yakin dengan mereka begitu juga mereka (pengundi).

“Hendak mencapai tahap sebegitu tidak mudah kerana ia mengambil masa,” katanya.

Namun kerusi yang ditandingi bukan Parlimen Pandan susulan penafian yang dibuat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga wakil rakyat kawasan tersebut.-SinarHarian



Anwar , PRK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain