suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Abang beruniform' nyanyi lagu rap 'Negaraku' curi perhatian

PETALING JAYA: Sebuah video yang memaparkan pasukan dan agensi beruniform menyanyikan lagu rap semasa raptai Hari Kebangsaan, tular di media sosial.

Klip video tersebut menunjukkan beberapa wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berpakaian seragam semasa melakukan raptai di Dataran Putrajaya.

Kumpulan itu menyanyikan lagu rap "Negaraku" nyanyian Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone, bersama-sama sekumpulan pemuzik dipercayai daripada DBKL.

Video berdurasi empat minit itu dimuat naik di halaman Facebook Besihitam, yang ditonton lebih 686,000 kali dalam tempoh kurang 24 jam.

Kebanyakan yang menonton video berkenaan memuji persembahan oleh pasukan beruniform itu.

Artikel Lain