Warga emas simpan Murai Batu, Kelicap Kunyit didenda RM3,000 - Semasa | mStar

Warga emas simpan Murai Batu, Kelicap Kunyit didenda RM3,000

Contoh gambar burung Murai Batu (kiri) dan Kelicap Kunyit (kanan).

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyimpan burung Kelicap Kunyit dan Murai Batu iaitu spesis yang dilindungi tanpa lesen sah.

Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik kedai haiwan peliharaan Khoo Soo Hah, 68, yang menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes pada Rabu.

Khoo selaku orang kena saman (OKS) didenda RM1,000, atau dua bulan penjara atas pertuduhan menyimpan dua ekor burung Kelicap Kunyit (Zosterops Palpebrosa) dan RM2,000 atau penjara tiga bulan kerana menyimpan empat ekor burung Murai Batu (Copsychus Malabaricus).

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di kediamannya di Jalan Jinjang Damai 3, Jinjang Utara dekat sini, 9.50 pagi, pada 31 Ogos 2014.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan boleh dihukum menerusi akta sama, memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Dalam rayuannya Khoo yang sudah tidak bekerja memohon hukuman minimum kerana tiada pendapatan tetap serta mempunyai masalah kesihatan.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Perhilitan Nazarudin Kamarudin memohon hukuman setimpal kerana kedua-dua spesis burung yang disimpan OKS adalah spesis yang dilindungi.

"Walaupun kedua-dua spesis burung ini mempunyai fizikal yang kecil tetapi memiliki suara yang merdu dan menjadi kegilaan peminat burung dan harganya boleh mencecah ribuan ringgit.

"Oleh itu setiap individu yang ingin menyimpan spesis yang dilindungi memerlukan lesen sah bagi memudahkan pihak Jabatan Perhilitan memantau dari segi populasinya," katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian sepasukan pegawai Jabatan Perhilitan telah ke kediaman Khoo dan hasil siasatan mendapati dua spesis burung yang disimpannya tidak mempunyai lessen sah. - Bernama


kelicap kunyit , murai batu

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain