Mesej dakwa insentif RM6,000 buat pencarum disahkan palsu - KWSP - Semasa | mStar

Mesej dakwa insentif RM6,000 buat pencarum disahkan palsu - KWSP

KWSP

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti sebuah mesej yang tular mendakwa pencarum yang bekerja antara 1990 dan 2018 layak mendapat insentif RM6,000.

Dalam kenyataan pada Selasa, KWSP menyebut, mesej yang tular itu dan kandungannya adalah palsu dan tidak berkaitan dengan agensi berkenaan.

“Mesej berkenaan juga mempunyai pautan ke laman sesawang palsu KWSP, meminta orang ramai menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif berkenaan di laman sesawang palsu itu,” kata kenyataan itu.

Menurut EPF, pihaknya percaya ini adalah cubaan penipuan data peribadi pencarum untuk tujuan berunsur jenayah.

Pencarum digesa tidak menjawab sebarang kaji selidik atau memberikan data peribadi kepada pihak ketiga yang tidak disahkan dan tidak menyebarkan mesej tular berkenaan.

Segala maklumat mengenai produk dan perkhidmatan KWSP terdapat dalam laman sesawang rasmi di www.kwsp.gov.my, Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://enquiry.kwsp.gov.my.  – Bernama

KWSP

Artikel Sebelum

TKP bergelar Datuk antara tujuh direman

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain