"Dah 13 tahun pun ayah sanggup dukung" - Anak imbau kenangan bersama Tok Non - Semasa | mStar

"Dah 13 tahun pun ayah sanggup dukung" - Anak imbau kenangan bersama Tok Non

Paparan skrin Instastory Nafiz Asyrani mengenai pemergian bapanya, Datuk Seri Zainal Abidin yang meninggal dunia pada Isnin.

PETALING JAYA: Anak kepada bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman yang meninggal dunia akibat kanser darah pada Isnin tampil meluahkan isi hatinya menerusi laman Instagram.

Nafiz Asyrani, 13, menerusi beberapa posting termasuk di InstaStory memuat naik foto Allahyarham serta sekitar pengebumian insan kesayangannya itu.

Menerusi posting pada Isnin, dia memuat naik sekeping foto Zainal yang berbaju Melayu dengan kapsyen 'Al fatihah for my father.'

ARTIKEL BERKAITAN: Zainal Abidin Osman meninggal dunia
ARTIKEL BERKAITAN: Zainal Abidin Osman disahkan hidap kanser darah Mac lalu

Posting tersebut turut dibanjiri komen penguna Instagram yang menghulurkan kata-kata semangat untuknya.

Nafiz turut memuat naik sekeping lagi foto sewaktu majlis pengebumian bapanya dengan kapsyen 'We all will remember you pa.'

Nafiz menyimpan hasrat untuk mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya dalam bidang politik suatu hari nanti.

Menerusi Instastory pula, dia memuat naik gambar sewaktu mengiringi Allahyarham di dalam van jenazah serta foto Zainal di hadapan Kaabah.

Bercakap kepada mStar Online, Nafiz yang merupakan anak keempat hasil perkahwinan Allahyarham dengan arwah isteri pertamanya Datin Shazarina Shamsuddin meluahkan kesedihan mengenai pemergian bapanya.

"Tipulah kalau tak sedih. Saya sudah tidak ada sesiapa sekarang. Ibu dan bapa sudah pergi buat selamanya.

"Sekarang saya cuma ada mak tiri dengan adik beradik sahaja dalam hidup ini," ujarnya sewaktu dihubungi, Selasa.

Menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang penyayang, Nafiz mendedahkan dia tidak pernah dimarahi Zainal sepanjang hayatnya.

Posting foto Allahyarham di laman Instagram Nafiz. 

Malah, Nafiz turut berkongsi kenangan manis bersama bapanya sewaktu mereka mengerjakan umrah Disember tahun lalu.

"Peristiwa sewaktu mengerjakan umrah tahun lalu menjadi antara kenangan yang tak akan saya lupakan.

"Masa tu kaki saya lenguh kat sana, ayah sanggup dukung saya walaupun saya sudah berusia 13 tahun," kongsinya.

Menurut Nafiz yang sedang menuntut di sebuah sekolah di Shah Alam, dia yang mengagumi keperibadian bapanya turut menyimpan hasrat untuk menyertai arena politik, suatu hari nanti.

"Saya lihat ayah seorang yang pandai dan berwibawa sepanjang memegang jawatannya dalam Umno.

"Bila dah tak ada, saya pun terfikir nak ikut jejak langkah dia, jadi macam dia suatu hari nanti," ujarnya lagi.

Setelah kematian isteri pertamanya, Zainol berkahwin dengan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin dan dikurniakan dua cahaya mata berusia lima dan dua tahun.

Nafiz Asyrani , Zainal Abidin Osman

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain