Gelagat budak berlagak kucing pikat hati netizen - Semasa | mStar

Gelagat budak berlagak kucing pikat hati netizen

SUSULAN video tular adik Anas yang berusia dua tahun berlagak seperti kucing yang masuk ke dalam sangkar lalu diusik bapanya membuatkan netizen geli hati dengan telatah comelnya.

Malah kanak-kanak tersebut kini mula mempunyai peminatnya seperti mana anak-anak artis.

Kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial oleh bapanya di laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi  mula dikuti netizen.

Terdapat juga satu video yang tidak kurang lucunya apabila bapanya bertanya berkenaan jagung mainan tetapi dijawab sebagai udang sehingga mengundang hampir 5,000 'like' dan mendapat ribuan komen.

"Ini udang"... (mengundang gelak bapa dan ibunya)   

"Ini bukan udang, (ini) ni kuda" kata bapanya.

Tetapi kanak tersebut memarahi bapanya dalam nada pelat dan menyuruh bapanya makan udang itu.       

"Apa papa ni, udang... nah maman".

Ramai netizen yang mengelarkan mereka berdua sama-sama loyar buruk.

Malah kini, aktiviti yang dilakukan anak beranak itu yang dimuat naik ke laman sosial Facebook Fattah Anas dan Instagram abamfifi dikuti netizen.-SinarHarian
abamfifi , Fattah Anas

Artikel Berikut

Artikel Lain