Jangan jadikan sidang DUN sarkas - Sultan Johor - Semasa | mStar

Jangan jadikan sidang DUN sarkas - Sultan Johor

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Khamis mengingatkan supaya tidak menjadikan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai sarkas.

Menerusi titah baginda ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Pertama DUN Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, baginda memberi peringatan itu kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya menjaga adab.

Baginda berharap Speaker Dewan Negeri akan menjalankan tugasnya dengan cekap dan tegas bagi memastikan perbahasan dibuat dengan berhemah dan teratur.

"Saya tidak mahu dewan ini dijadikan seperti 'sarkas'. Sekiranya ada Ahli-Ahli Dewan yang bertindak melampau batas dan melanggar peraturan, maka, arahkan mereka supaya keluar dewan," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, sebagai raja yang memerintah, baginda akan bertanggungjawab terhadap kepentingan Johor dan rakyatnya, Bangsa Johor.

"Saya akan sentiasa memantau kerajaan negeri, memberikan nasihat serta pandangan serta pandangan kepada Menteri Besar dan kerajaan pimpinannya," titah baginda.

sarkas , DUN , Sultan Johor

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Manchester United terbuka jual Lukaku