suria

Wartawan tempatan tidak dibenarkan naik!

KUALA LUMPUR: Lawatan mahkamah ke lokasi di mana model Belanda Ivana Esther Robert Smit ditemukan maut pada Disember lalu mempunyai syarat yang jarang berlaku.

Pengamal media dari Belanda diberikan kebenaran masuk sepenuhnya, manakala media tempatan pula dikenakan larangan ke atas mereka.

Dua wartawan dari negara tersebut dibenarkan naik ke unit kondominium dari lokasi model terbabit jatuh, sementara pemberita daripada The Star, Bernama, Utusan Malaysia dan Free Malaysia Today tidak dibenarkan masuk.

Pada hari pertama inkues kes tersebut didengar iaitu pada Rabu, koroner Mahyon Talib membawa kakitangan mahkamah ke lokasi kejadian sambil diiringi oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi, peguam N. Joy Jothi yang mewakili keluarga mangsa, jurubahasa mahkamah dan pasukan polis.

Mereka tiba di Capsquare Residences di Pesiaran CapSquare, Jalan Dang Wangi dekat sini pada pukul 1.20 petang Rabu.

Pasukan tersebut kemudian melawat beberapa kawasan berhampiran kondominium setinggi 36 tingkat itu sebelum naik ke tingkat enam dan 20 iaitu lokasi terakhir mangsa dilihat.

Lawatan tersebut berakhir kira-kira pukul 2.40 petang.

Hanya media antarabangsa dibenarkan naik ke unit kondominium tersebut, sementara wartawan tempatan perlu menunggu di ruang lobi.

Inkues berkenaan dilakukan bagi menentukan punca kematian Smit.

Mangsa maut selepas jatuh dari balkoni sebuah unit kondominium pada 7 Disember tahun lalu.

Ivana Esther Robert Smit

Artikel Lain