suria

Kapal mewah Equanimity tiba di Pelabuhan Klang

Kapal layar mewah Equanimity tiba di Pelabuhan Klang pada petang Selasa. Foto Reuters

PETALING JAYA: Kapal layar mewah Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) akhirnya tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa.

Kapar layar itu yang dikatakan milik ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, tiba di Pusat Pusat Pelayaran Boustead di Pulau Indah di Pelabuhan Klang pada pukul 1 petang.

Sekumpulan pegawai Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Tinggi hadir untuk membuat pemeriksaan terhadap kapar layar tersebut mengikut prosedur yang dijangka mengambil masa satu setengah jam.

Ramai wakil media hadir di pusat itu sejak awal pagi bagi menunggu ketibaan kapal layar tersebut, yang dilihat pada kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Sumber berkata, kerajaan akan menetapkan satu hari untuk tontonan awam.

Pada Februari lalu, kapal itu disita atas arahan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan Jabatan Kehakiman (DoJ) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun kapal itu tidak dibenarkan meninggalkan pelabuhan Tanjung Benoa.

Pada Julai, pihak berkuasa Indonesia menyita semula kapal layar itu susulan permintaan rasmi untuk bantuan undang-undang daripada pihak berkuasa AS.

Reuters
melaporkan keputusan menyerahkan kapal layar itu ke Malaysia dicapai berikutan permintaan peribadi yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan ke Indonesia, Jun lalu.


Equanimity, 1MDB, Jho Low

Artikel Sebelum

Najib dipanggil SPRM lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain