suria

Polis tolak dakwaan wanita dirogol sebelum dibunuh

SIBU: Polis Sibu menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penjawat awam yang ditemui mati di sebuah rumah  sewa di Jalan Tiong Hua telah dirogol sebelum dibunuh.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebarang bentuk kecederaan yang menyebabkan kematian mangsa berusia 26 tahun itu hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Sibu.

“Tiada rogol. Tunggu bedah siasat baru dapat pastikan apa kecederaannya,” kata beliau ketika dihubungi di sini dan diminta mengesahkan dakwaan sesetengah pihak yang tular di laman sosial Facebook bahawa wanita itu telah dirogol dan dibunuh.

Pihaknya masih menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Pembantu pendaftar di Jabatan Pendafaran Negara (JPN) di sini, Nurnia Azalea Priscilla binti Edward yang  berasal dari Kanowit ditemui mati dalam keadaan diikat kedua-belah kaki dan tangan di bilik sewanya oleh beberapa rakan sekerjanya kira-kira jam 3 petang tadi.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa berada di atas lantai di tepi katil dalam keadaan berkain sarung.

Mangsa tinggal seorang diri manakala suaminya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau, Bintulu.

Suami mangsa yang berusia 29 tahun dikatakan menghubungi pejabat isterinya tengahari tadi, menyebabkan beberapa rakan sekerja mangsa segera ke rumah sewanya sebelum menemui mayat mangsa.

Mangsa dan suaminya telah berkahwin lebih kurang setahun dan belum mempunyai cahaya mata.-Bernama

Wanita, bunuh, rogol

Artikel Sebelum

Rasuah: KBS ditangga ke-8!

Artikel Berikut

Artikel Lain