suria

'Melayu orang asal Benua Sunda, bukan pendatang'

Zaharah Sulaiman - Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Melayu di negara ini bukanlah pendatang sebaliknya keturunan Melayu diiktiraf DNA kedua terbesar di dunia.

Penyelidik sejarah dan penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman berkata, sewajarnya tidak timbul isu Melayu sebagai pendatang memandangkan Melayu merupakan orang asal di negara ini.

Menurutnya yang berkongsi hasil kajian dalam bukunya ‘Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda’, Melayu merupakan kaum di dunia ini yang paling bertoleransi tinggi dan tidak materialistik.

“Sejak dari dahulu, Melayu telah ditolak ke kampung-kampung dan mempunyai kehidupan yang santai. Kerajaan pula hanya membina bandar-bandar yang diduduki bangsa asing.

“Bukan mengenai rasis atau menindas. Kita pandang dari segi sejarah, sudut mana kita dipinggirkan dan kajian saya ini boleh digunakan sebagai rujukan termasuklah rujukan kerajaan bagi takrifan Melayu dalam perlembagaan negara,” katanya sempena Program Syarahan ‘Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda’ di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISRAC), Khamis.

Sementara itu, Zaharah berkata, dapatan dari buku berkenaan juga akan dapat memadatkan lagi tafsiran bangsa Melayu dalam perlembagaan negara supaya tidak ada kelonggaran lopong-lopong maksud jati diri Melayu.

“Malah menurutnya orang yang membuat polisi (kerajaan) juga boleh membuat polisi lebih baik berdasarkan kajian buku ini bagi masa depan Melayu di negara ini,” katanya. dari Benua Sunda.-Sinar Harian

Melayu, bukan pendatang

Artikel Lain