"Awas Umno, tangan saya ada besi sekarang" - Semasa | mStar

"Awas Umno, tangan saya ada besi sekarang"

Anwar ketika menyampaikan ceramah di Kota Raja, malam Selasa.

KOTA RAJA: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam Selasa membuat kemunculan istimewa selepas pulang dari Turki sesudah berehat setelah selamat menjalani pembedahan.

Katanya, meskipun masih kurang sihat sepenuhnya susulan pembedahan berkenaan, namun atas dasar 'susah senang bersama' beliau tetap gagahkan diri untuk hadir memberi ceramah.

"Walaupun saya baru balik dari Turki tapi saya rasa bertanggungjawab untuk bersama dengan rakan pastikan calon kita menang," katanya ketika memberi ceramah khas di sini malam tadi.

Dalam pada itu ketika berseloroh berkempen beliau mengingatkan Umno/BN agar berwaspada dengannya sekarang.

"Alhamdullillah pinggang nampak baik boleh lari dah... bahu ambil masa sikit sebab letak besi jadi saya nak beri amaran kepada Umno dan BN jaga baik-baik, tangan saya besi sekarang, dulunya nak lesing biasa sekarang lesing dengan besi... itu gurau sahaja," katanya disambut gelak tawa hadirin.

Pada 8 Julai lalu, Anwar menjalani pembedahan tulang belakang dan menjalani pembedahan lain di bahu kanannya pada 12 Julai.

Beliau sebelum ini mengalami ‘lumbar central stenosis’, keadaan di mana saluran tulang belakang sempit sehingga menyebabkan rasa sakit dan kebas. - Sinar Harian

Anwar Ibrahim , Umno

Artikel Sebelum

"Mata dia hari-hari berdarah"

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain