Semua lembaga pengarah Khazanah letak jawatan - Semasa | mStar

Semua lembaga pengarah Khazanah letak jawatan

PETALING JAYA: Seluruh lembaga pengarah Khazanah Nasional menyerahkan surat peletakan jawatan mereka selepas mencapai keputusan sebulat surat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menentukan struktur kepimpinan baharu syarikat itu.

Media Singapura, The Straits Times pada Khamis melaporkan bahawa Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar dan empat lagi anggota lembaga bagi badan itu meletakkan jawatan selepas atu mesyuarat khas pada Selasa lalu.

Pegawai kanan kerajaan dan eksekutif kewangan memberitahu akhbar harian Singapura bahawa mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah, Tan Sri Mohd Nor Mohd Yusof, sebulat suara memutuskan untuk menandatangani surat peletakan jawatan yang tidak bertarikh yang kemudiannya dikemukakan kepada Kerajaan.

Ia berkata, langkah untuk mengemukakan surat-surat yang tidak bertarikh itu bertujuan memberi Perdana Menteri memuktamdkan mengenai siapa yang patut kekal atau meninggalkan Khazanah.

Selain Azman dan Mohd Nor, lembaga pengarah badan itu termasuk Tan Sri Mohamad Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, Tan Sri Andrew Sheng Len Tao, Datuk Seri Nazir Razak, Datuk Dr Nirmala Menon dan Yeo Kar Peng.

Khazanah Nasional

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain