Lagi gajah mati ditembak - Semasa | mStar

Lagi gajah mati ditembak

Lagi gajah ditemui mati ditembak. Foto Bernama

SANDAKAN: Tiga ekor gajah ditemui mati di Sabah dalam tempoh lapan hari, kali ini ditembak di Kampung Karamuak, Tongod di Kinabatangan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah, Siti Nur'Ain Ampuan Acheh berkata, ketika dalam perjalanan pulang selepas melakukan kawalan gajah di Kampung Karamuak, sepasukan renjer dari Pejabat Hidupan Liar Kinabatangan, tersandung bangkai gajah itu di tepi jalan pada 7.40 pagi, Isnin.

“Anak  gajah jantan itu dianggarkan berusia  antara tiga hingga empat tahun, dan satu pasukan dihantar hari ini bagi menyiasat dan melakukan bedah siasat untuk mencari punca kematian gajah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat luka pada pinggul kanan dan menemui serpihan peluru dalam perut haiwan terbabit.

Siti Nur'Ain berkat,a sebahagian usus gajah tersebut koyak dan terdapat pendarahan dalaman yang teruk di dalam perut sehingga mengakibatkan saluran darah rosak.

Beliau berkata, punca kematian gajah terbabit disebabkan pendarahan dalaman yang teruk akibat serpihan peluru tersebut.

“Jika dilihat daripada kecederaan serta serpihan peluru terbabit, gajah tersebut mungkin ditembak dari jarak dekat… dari tempat tinggi atau dari belakang kenderaan,” katanya.

Siti Nur'Ain berkata, menurut maklumat yang diperoleh daripada siasatan dijalankan, sekumpulan gajah itu berada di Kampung Karamuak sejak sebulan lepas.

Beliau berkata, pasukan penyiasat akan meneruskan siasatan terhadap kes tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab membunuh haiwan terbabit.

Pada 19 Julai lepas, seekor gajah jantan ditemui mati berhampiran kem pembalakan yang ditinggalkan di Hutan Simpan Kuamut di Kinabatangan, dipercayai akibat bergelut dengan gajah yang lebih besar sehingga menyebabkan keretakan teruk pada tengkorak kiri.

Sementara seekor gajah jantan dengan kecederaan teruk pada kaki, ditemui mati pada 16 Julai lepas di kawasan ladang sawit di Ulu Segama, Lahad Datu, dipercayai terkena jerat.

Gajah adalah spesies Dilindungi Sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. - Bernama

gajah

Artikel Sebelum

Elaun MP 'malas' dipotong?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain