suria

"Dana untuk Umno bukan dari 1MDB"

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau menandatangani sebarang cek kepada Umno menggunakan wang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ia bukan dana 1MDB. Apabila kami mengeluarkan cek, kami amat yakin ia bukan (dana) dari 1MDB.

"Saya tidak akan mengeluarkan cek jika ia dari 1MDB," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Barisan Nasional (BN) dilaporkan menerima RM300 juta dari dana 1MDB untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan ibu pejabat Umno menerima kira-kira RM145 juta daripada dana tersebut menerusi akaun AmBank Najib.

Ketika diasak bertalu-talu mengenainya, Najib berkata perkara itu sedang disiasat dan sumber dana perlu ditetapkan dengan jelas.

"Kita serah perkara ini kepada penyiasat kerana kita tidak mahu mendahului hasil siasatan mereka," katanya.

Terdahulu, Najib menerima kejutan sambutan ulang tahun kelahiran di bangunan Parlimen oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Pekan itu menerima kejutan kek vanila tiga tingkat yang memaparkan gambar wajahnya selain perkataan 'Terima Kasih Datuk Seri Najib Razak'.

Umno, 1MBD, Najib Tun Razak

Artikel Berikut

"Kami tak uli guna kaki"

Artikel Lain