Tempoh setahun tukar kasut hitam - Semasa | mStar

Tempoh setahun tukar kasut hitam

SIMPANG RENGGAM: Kerajaan memberi kelonggaran selama setahun kepada semua pihak bagi melaksanakan peraturan pemakaian kasut berwarna hitam di semua sekolah kerajaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata tempoh itu adalah bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu termasuk ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik.

Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pelajar yang tidak memakai kasut hitam ke sekolah.

"Untuk tahun depan siapa ( ibu bapa) yang sudah sediakan kasut putih , kita bagi kelonggaran mereka (pelajar) pakai lagi. Kita faham perubahan tidak boleh dilakukan secara paksaan, kekerasan dan kita cuba memahami agar semua pihak khususnya ibu bapa dan pemain industri berasa gembira.

“Kita tidak akan buat 'hard Landing tapi 'soft landing' kerana kita tak mahu ada yang terbeban dan rasa tertekan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Parlimen Simpang Renggam dan mesyuarat bersama agensi kerajaan di Pejabat Parlimen Simpang Renggam di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan ramai pihak termasuk para pemilik kedai kasut berhubung pelaksanaan langkah terbabit.

Khamis lepas, Maszlee yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam mengumumkan penukaran warna kasut para pelajar di seluruh negara daripada warna putih kepada warna hitam bermula sesi persekolahan tahun depan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang diterima Kementerian Pendidikan sejak beliau menjadi menteri.

Berhubung isu di Simpang Renggam, Maszlee meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mempertimbangkan untuk meneruskan projek pembinaan sebuah lagi balai bomba di Simpang Renggam yang terhenti, sebelum ini.

"Satu-satunya balai bomba di Simpang Renggam adalah di bandar dan mereka banyak terlibat dalam menyelamatkan kes kemalangan namun disebabkan kedudukan balai tersebut jauh dari lebuh raya, menyebabkan mereka selalu tiba lewat di tempat kejadian.

"Bagaimanapun, kita dimaklumkan oleh Yang Dipertua Simpang Renggam bahawa kita mempunyai tanah untuk pembinaan balai bomba, malah pembinaannya juga pernah dirancang tetapi terhenti. Jadi kita merayu kepada KPKT agar menyegerakan kembali pembinaan balai bomba itu di Simpang Renggam," katanya. - BERNAMA

kasut , Maszlee Malik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mohd Zawawi calon tepat wakili PKR, PH

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan