TPM: Eddie Ng rajin, tidak pernah mengeluh... - Semasa | mStar

TPM: Eddie Ng rajin, tidak pernah mengeluh...

Dr Wan Azizah (kiri) mengucapkan takziah kepada isteri mendiang Ng Tien Chee, Loh Hwa Hong (kanan) sebelum memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi Jumaat di Xiao En Centre, Cheras pada Sabtu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, mendiang Eddie Ng Tien Chee sebagai seorang yang rajin dan tidak pernah mengeluh dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR berkata, Eddie Ng telah banyak membantunya turun padang semasa beliau (Wan Azizah) menjadi Adun Kajang.

"Saya biasa bekerja rapat dengan YB Eddie semasa saya jadi Adun Kajang dan dalam PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Awam) dekat Selangor. YB Eddie juga salah seorang anggota PAC dan kami bekerjasama dengan baik.

"Saya mengingati beliau sebagai seorang yang komited, rajin dan tidak pernah mengeluh atau merasakan ini adalah bebanan, beliau hanya berjuang untuk rakyat... memang rasa sangat-sangat kehilangan. Hendak mencari pengganti YB Eddie memang sukar,” katanya selepas memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ng di Pusat Peringatan Xiao En di sini, Sabtu.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, meluangkan masa kira-kira 30 minit dan turut bertemu dengan anggota keluarga Eddie Ng.

Dalam pada itu, beliau berkata, Eddie Ng yang berasal dari Batu Pahat, Johor juga merupakan pejuang dalam bidang politik yang mana mereka turut membantu menyediakan tempat untuk Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Anggota Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei lepas.

Beliau juga berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan menghulurkan bantuan kepada keluarga Eddie Ng memandangkan anak-anak mendiang masih bersekolah dan isterinya seorang suri rumah.

Dalam kemalangan pukul 12.40 tengah malam, Khamis, mendiang yang memandu kenderaan jenis Nissan X Trail, dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, maut di tempat kejadian selepas melanggar belakang sebuah lori di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Eddie Ng ialah Mohd Rashid, Adun Seri Serdang yang juga Ketua Wanita Amanah ,Dr Siti Mariah Mahmud dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Mendiang meninggalkan seorang isteri. Loh Hwa Hong, 39 serta tiga anak – Ng Chin Wee, 17, Ng Chin Shian, 15 dan Ng Chin Khai, 13.

Pada PRU14, Adun DAP itu mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi. - Bernama

Eddie Ng , Adun Balakong

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.